Wanita cedera di kepala dihempap pokok tumbang di Pantai Remis

Ipoh: Seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan di kepala selepas dihempap dahan pokok yang tumbang ketika berada di bawah gazebo di Rimba Segari, Pantai Remis, sekitar 87 kilometer dari sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 malam dan mendapati pokok tersebut juga menghempap sebuah kenderaan milik keluarga mangsa.

“Mangsa telah dikejarkan oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan. Anggota bomba kemudian menjalankan pemotongan dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba Pantai Remis, Muhammad Hanafi Mohamed Rasidi, mangsa datang ke kawasan itu untuk beriadah bersama keluarga dan sedang memasak di bawah gazebo ketika insiden berlaku.

BACA JUGA : Ini punca ramai pendatang asing di Malaysia

“Ketika itu keadaan angin agak kencang menyebabkan pokok berhampiran tumbang dan menghempap gazebo dan kenderaan mereka,” katanya.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *