Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur telah mengesan beberapa pelanggaran dalam pemeriksaan Op Viral di Kampung Segambut hari ini. Antara kesalahan yang ditemui termasuk tiada lesen untuk menjual barang kawalan, harga jualan yang melebihi harga kawalan, tiada tanda harga, dan lesen yang telah tamat tempoh.
Operasi ini melibatkan 60 anggota KPDN Kuala Lumpur bersama KPDN Putrajaya dan Selangor, dilaksanakan susulan aduan daripada orang awam.
Pemeriksaan ini juga diadakan berikutan video yang tular di TikTok yang mendakwa terdapat kebanjiran premis perniagaan milik warga asing di kawasan tersebut yang tidak diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa.
BACA JUGA : Buaya di Taman Tasik Seksyen 7 masuk perangkap
Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, operasi itu memeriksa 19 kedai runcit di Kampung Segambut Dalam di sini.
Katanya, sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelbagai jenis kesalahan seperti tiada tanda harga dan alat timbang yang tidak ditentusahkan.
“Jumlah sitaan dari kesemua kedai runcit dianggarkan bernilai RM3,300.
“Peniaga juga didapati melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) kerana menjual barang dengan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan oleh pengawal harga.
“Selain itu, beberapa kes sedang disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual gas petroleum cecair (LPG) secara runcit tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA : Netanyahu Tekad Untuk Mengekalkan Kehadiran Tentera Di Koridor Philadelphi
Menurutnya, rata-rata peniaga menjual barang keperluan harian dan semakan mendapati bahawa premis-premis tersebut adalah milik warga tempatan berdasarkan lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Namun, pelanggan mereka adalah warga asing yang tinggal di kawasan berkenaan. Ada juga premis yang telah tamat tempoh lesen dan diuruskan oleh warga asing,” tambahnya.
Beliau turut memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menjual barang kawalan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pingback: Ribut Tropika Yagi: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Malay Star News
Pingback: KTMB hanya selenggara lif dan eskalator di Stesen KL Sentral sahaja - Malay Star News