Hizbullah Lakukan Serangan Besar-besaran Terhadap Israel

GAMBAR ini diambil dari kawasan utara Israel menunjukkan pesawat tanpa pemandu (UAV) Hizbullah yang telah dipintas oleh tentera udara Israel pada 25 Ogos 2024.

Beirut: Hizbullah mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan besar-besaran menggunakan roket dan dron ke atas kedudukan Israel pada hari Ahad sebagai “tindak balas awal” terhadap pembunuhan komander tertingginya.

Ini berlaku ketika Israel mendakwa telah melancarkan apa yang disebut sebagai serangan awal terhadap kumpulan tersebut.

Beirut:
Hizbullah mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan besar-besaran menggunakan roket dan dron ke atas kedudukan Israel pada hari Ahad sebagai “tindak balas awal” terhadap pembunuhan komander tertingginya.

Ini berlaku ketika Israel mendakwa telah melancarkan apa yang disebut sebagai serangan awal terhadap kumpulan tersebut.

“Hingga kini, lebih daripada 320 roket Katyusha telah dilancarkan ke arah kedudukan musuh,” menurut kenyataan Hizbullah, sambil menambah bahawa mereka menyasarkan 11 pangkalan dan berek Israel, termasuk di Bukit Golan.

Hizbullah turut menyatakan bahawa mereka telah “memulakan serangan udara dengan sejumlah besar dron” yang menyasarkan jauh ke dalam wilayah Israel.

Baca juga : Penduduk: Jambatan Lama Sg Slim Banyak Menyumbang Kebaikan

Kumpulan yang disokong Iran ini sering terlibat dalam balas tembak dengan Israel sebagai sokongan kepada sekutunya, Hamas, sejak serangan pejuang Palestin pada 7 Oktober di selatan Israel. Namun, kebimbangan terhadap konflik besar semakin meningkat selepas Iran dan Hizbullah berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan yang berlaku bulan lalu, yang dipersalahkan kepada Israel.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, terbunuh di Tehran, sementara serangan Israel membunuh Fuad Shukr, komander tertinggi Hizbullah, di selatan Beirut.

Hizbullah menyatakan bahawa serangan mereka adalah “tindak balas awal” terhadap pembunuhan Fuad.

“Fasa pertama telah berjaya sepenuhnya,” kata kumpulan itu, sambil menambah bahawa fasa ini bertujuan untuk “menyasarkan berek dan kedudukan Israel bagi memudahkan laluan serangan dron ke sasaran” yang jauh di dalam Israel.

Tiada pengesahan segera daripada tentera Israel mengenai serangan tersebut.

Hizbullah juga menyatakan bahawa mereka “dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi,” dan menambah bahawa “jika orang awam tercedera, akan ada hukuman yang sangat berat.”

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan bahawa Israel telah menyerang sejumlah lokasi di selatan Lubnan.

Lapangan terbang antarabangsa Beirut beroperasi seperti biasa.

Keganasan rentas sempadan sejak Oktober lalu telah mengorbankan lebih 600 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hizbullah tetapi termasuk sekurang-kurangnya 131 orang awam, menurut pengiraan AFP.

Di pihak Israel, pihak berkuasa mengumumkan kematian sekurang-kurangnya 23 tentera dan 26 orang awam, termasuk di Bukit Golan.

Sumber : hmetro

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *