Tiga kru bot China hilang selepas berlanggar di pulau Taiwan

Bot nelayan kelihatan di perkampungan Tailu, di pantai China yang berhadapan dengan pulau Matsu, Taiwan, di wilayah Fujian, tenggara China.
Bot nelayan kelihatan di perkampungan Tailu, di pantai China yang berhadapan dengan pulau Matsu, Taiwan, di wilayah Fujian, tenggara China.

TAIPEI: Tiga anak kapal dari sebuah bot nelayan China hilang selepas kapal mereka bertembung dengan sebuah kapal yang tidak dikenali dan tenggelam di luar pantai Taiwan, menurut pengawal pantai Taiwan.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, dan hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beberapa siri insiden bot nelayan di sepanjang laluan air sempit yang memisahkan Taiwan dan China telah meningkatkan ketegangan.

Menurut Pentadbiran Pengawal Pantai Taiwan dalam satu kenyataan, insiden terbaharu berlaku apabila bot berbendera China “Min Long Yu 60877” karam selepas bertembung dengan sebuah kapal yang tidak dikenali kira-kira 6.5 batu nautika dari pantai kepulauan Kinmen. Terdapat tujuh anak kapal di dalam bot tersebut. Empat telah diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang.

Baca juga : “Menangani Emosi di Media Sosial untuk Menghindari Buli Siber”

“Sebuah bot peronda yang dihantar ke kawasan itu tidak menemui kru yang hilang. Mereka yang jatuh ke dalam laut masih belum dijumpai,” menurut kenyataan itu.

Pengawal pantai Taiwan dan rakan sejawatannya dari China sedang menjalankan “pencarian dan penyelamatan yang meluas” di perairan berhampiran.

Daerah Kinmen ditadbir oleh Taiwan tetapi terletak hanya lima kilometer dari bandar pesisir pantai China, Xiamen.

Insiden maut yang melibatkan bot China berhampiran Kinmen pada 14 Februari lalu mencetuskan pertengkaran selama berbulan-bulan antara Taiwan dan China. Sebuah bot terbalik ketika dikejar oleh pengawal pantai Taiwan, mengakibatkan dua anak kapal China mati lemas, yang mana Beijing menyalahkan Taipei.

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan pada Julai selepas rundingan berhubung insiden tersebut, bersetuju bahawa punca kematian adalah “lemas.”

Sumber : bharian

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *