Apple Teruskan Pembangunan Kacamata Pintar dan Versi Mampu Milik Apple Vision

Laporan menjangkakan versi mampu milik Apple Vision akan dilancarkan pada awal tahun 2025
Laporan menjangkakan versi mampu milik Apple Vision akan dilancarkan pada awal tahun 2025

APPLE belum menyerah dalam usaha mereka untuk membangunkan set kepala Apple Vision yang lebih berpatutan.

Menurut laporan Bloomberg, pembangunan model Apple Vision yang lebih mampu milik serta cermin mata pintar yang mirip dengan Ray-Ban Meta sedang giat dijalankan.

Laporan meramalkan bahawa Apple Vision versi mampu milik ini akan dilancarkan pada awal tahun 2025. Walaupun tiada sasaran harga spesifik, dijangkakan harganya akan jauh lebih rendah berbanding Vision Pro yang melebihi RM16,000 sepasang.

Sementara itu, pembangunan Vision Pro generasi kedua juga sedang berlangsung tetapi bukan merupakan fokus utama pada masa ini.

Baca juga : Hampir 500 Petugas Kesihatan Terbunuh di Gaza

Selain itu, cermin mata pintar tanpa skrin dengan ciri-ciri mirip Ray-Ban Meta turut dalam perancangan sebagai langkah awal sebelum pelancaran cermin mata pintar dengan realiti terimbuh sebenar pada masa akan datang.

Pada masa ini, Meta mendominasi pasaran cermin mata pintar di Amerika Syarikat dengan produk mereka yang dilengkapi kamera dan pembantu maya yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan Meta AI untuk memahami konteks visual.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *