Kuala Lumpur: “Awak adalah emas Malaysia.” Begitulah ungkapan Datin Athiah Ilyana Abd Samat, isteri kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, selepas melihat pemburuan pingat emas suaminya berakhir seawal pusingan pertama acara keirin, malam tadi.
Athiah, melalui hantaran di Instagram miliknya, menyatakan bahawa sebagai isteri, dia sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan yang dilakukan oleh The Pocket Rocketman selama ini.
“Emas sebenar dalam dirinya terletak pada ketabahan yang tidak pernah berbelah bahagi dan pengorbanan mendalam yang dilakukannya untuk negara.
Baca juga : Kecemasan Dihadapi Dua Kali Disebabkan Serangan
“Ia adalah bukti kekuatan yang mendefinisikannya dan cinta yang membimbing setiap langkahnya. Saya sangat bangga dengan awak sayang. Awak adalah emas Malaysia,” tulisnya dengan meletakkan lagu ‘Standing In The Eyes of The World’ nyanyian ratu rock, Ella.
Hasil perkahwinan Azizulhasni dan Athiah pada 2010, mereka dikurniakan empat cahaya mata. Pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan penyertaannya pada pusingan pertama acara keirin malam tadi akibat kesalahan mendahului pacer pada perlumbaan di Velodrom Saint Quentin.
Untuk rekod, Azizulhasni yang membuat penampilan pertama di Beijing 2008, meraih pingat gangsa menerusi acara keirin pada edisi 2016 di Rio sebelum menukar warna kepada perak ketika Tokyo 2020.
Sumber : hmetro
Pingback: Hampir 500 Petugas Kesihatan Terbunuh di Gaza - Malay Star News