6 warga asing jadi along dicekup

Muar: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang menawarkan pinjaman tanpa lesen atau along, dikendalikan oleh warga asing, selepas menahan enam lelaki di sekitar bandar ini semalam.

Enam suspek yang berumur antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan sekitar jam 4.30 petang, dipercayai terlibat dalam aktiviti memberi pinjaman wang kepada warga asing.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

DISYORKAN : Kartel baja: 2 bekas pengurus besar ditahan

Hasil siasatan mendapati mereka mensasarkan pekerja asing, terutamanya warga Bangladesh, untuk ditawarkan pinjaman tersebut. Raiz Mukhliz juga berkata, suspek bukan sahaja mengenakan kadar faedah tertentu, malah menahan kad ATM peminjam sehingga pinjaman itu diluluskan.

“Dengan penahanan ini, pihak polis telah merampas wang tunai sebanyak RM176,250, telefon bimbit pelbagai jenama, dan 187 kad ATM dari pelbagai bank.”

Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *