NEW DELHI : Sekurang-kurangnya 19 pelajar kejururawatan mengalami masalah kesihatan selepas terhidu asap daripada bahan penghalau tikus yang disembur di dalam bangunan asrama mereka di Bengaluru, sebuah bandar di selatan India, menurut laporan polis pada Isnin, lapor Xinhua.
Insiden itu berlaku di asrama Kolej Kejururawatan Adarsh. Menurut polis, pelajar-pelajar tersebut mengalami masalah pernafasan dan loya pada Ahad malam disebabkan oleh penghalau tikus yang disembur oleh pihak pengurusan asrama.
Pelajar-pelajar yang terjejas telah dibawa ke hospital, dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke unit rawatan rapi, manakala yang selebihnya berada dalam keadaan stabil, menurut seorang pegawai kanan polis kepada media.
Baca juga : Penyamaran sebagai Penghantar Makanan untuk Edar Air Ketum dan Vape Berisi Dadah
Polis telah mendaftarkan kes terhadap pengurusan asrama dan memerintahkan siasatan berhubung insiden tersebut. Pegawai berkata pihak pengurusan asrama telah mengupah seseorang untuk menyembur racun tikus di premis tersebut bagi menghapuskan tikus.
Bagaimanapun, sejurus selepas racun itu disembur, asapnya dengan cepat merebak ke seluruh bangunan, menyebabkan ketidakselesaan pelajar-pelajar dan memerlukan mereka segera dibawa ke hospital.
Sumber : bharian
Pingback: PM Minta Hentikan Permusuhan Politik, Fokus Cari Penyelesaian Demi Kesepakatan Rakyat - Malay Star News