14 kereta ditahan dalam Op Lumba Haram

Chukai: Sebanyak 14 buah kereta telah ditahan oleh pihak polis di kawasan perniagaan Bandar Baru Kijal dalam Op Lumba Haram yang berakhir malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, memaklumkan bahawa pihaknya menerima aduan daripada orang awam dan hasil pemantauan mendapati pemandu-pemandu kenderaan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat perhimpunan.

“Kumpulan ini juga didapati memainkan muzik dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar kawasan tersebut.

“Kawasan tersebut telah menjadi lokasi perhimpunan mereka dan aktiviti ini dilihat semakin aktif sejak empat bulan yang lalu,” jelasnya.

DISYORKAN : Dewan Rakyat lulus pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan

Hanyan memaklumkan bahawa semua kenderaan yang ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman telah dibawa ke balai polis.

“Sebahagian daripada kenderaan tersebut didapati telah diubahsuai tanpa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar serta agensi lain untuk menentukan sama ada kenderaan yang ditahan masih layak untuk berada di atas jalan raya,” jelasnya.

“Kami akan menjalankan siasatan sama ada kenderaan tersebut terlibat dalam aktiviti lumba haram dan turut akan menyiasat pihak yang terlibat dalam penganjuran aktiviti tersebut. Jika terdapat bukti, tindakan tegas akan diambil,” tambahnya.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 50 saman telah dikeluarkan dan beberapa motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan.

Sumber : hmetro

1 Comment

  1. очень прибыльная игра для каждого игрока и ее игроков
    https://rjb88.com/
    ——————–
    Только здесь есть игры, которым можно по-настоящему доверять.
    https://rjb88.com/
    ———————
    вам понравятся ощущения от игры в эту игру
    https://rjb88.com/
    ———————
    хорошая и правильная игра
    https://rjb88.com/
    ————————

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *